Monday, October 10, 2016

Perempuan Dan Masak

Assalamualaikum, hai.

Setelah lama aku menyepikan blog tetiba datang dengan entry PEREMPUAN DAN MASAK. cliché sangat kenn.
Ok, bagi aku perempuan dengan masak2 ni memang sinonimlah. Tapi ada jugak yang failed bab2 memasak then bila kahwin terkapai2 nak masak untuk suami. kah! Tapi.. tapi.. bertenanglah gegirl sekalian alam. Percaya cakap aku memasak ni bukannye benda yang susah (melainkan kau sendiri yang malas) haha.
Sekarangkan semuanya hujung jari. Tak pandai masak resepi dekat Google dengan Youtube tu bersepah derr. Aku pun bukanlah jenis pandai memasak, tapi memandangkan abah aku dah pencen hari tu, aku kena masak almost everyday memandangkan umi aku still bekerja. Tak kan nak kasi abah aku makan nasi kat luar. No..no.. So sepanjang aku cuti semester hari tu, I had learned everything about cooking and aku jadi ketagih nak pegang senduk, kuali. Bak kata umi aku, “tak sedap takpa asalkan rajin”. Tapi bukanlah point aku kat sini nak cakap aku rajin. Tidak sama sekali. Point aku, sebagai seorang wanita kau kena ada basic memasak. KENA! sebab apa? Nah aku list sikit untuk korang ;

1.       Perut kena isi
Sebab apa aku kata perut kena isi? yelah nak hidupkan. takkan hari2 kau nak makan kedai. ye dak? lagipun, tak semua berkhasiat weh. Plus korang boleh jimat. Wehuu

2.       Rasa puas
Trust me, kau akan rasa puas bila rasa masakan kau sendiri. Tambah2 bila kau masak untuk orang2 tersayang.

3.       Gain pahala
Selain benda2 lain yang boleh gain pahala, memasak pun boleh gain pahala, dengan syarat kau ikhlas dan boleh juga selawat2 masa masak tu. Moga2 orang yang makan masakan kau lembut hati ke ape.. giteww

4.       Bonus
Adalah menjadi satu bonus kalau perempuan ni pandai masak kau tahu? Sebab apa? Sebab boleh pikat hati mertua lah. Haha. Well I mean it tahu. Yelah dah suami kau bayar hantaran tinggi2 tapi hari2 makan kat luar. Rugi weh rugi. Time ni lah nak pikat hati mertua uols. Boleh sembang2 makanan favourite keluarga ke, mintak resepi turun temurun ke.. hah gitu. Kan ada point kau nak bersembang dengan mertua. Tak gitu?

5.       Mahal
Kau tahu tak perempuan yang pandai masak ni mahal? sebab apa? yelah kau dah ada skill yang memang ditunggu2 oleh kaum Adam kot. Even sekarang lelaki pun pandai masak kan. Tapi kau kena tahu perempuan dengan masak – memasak ni berpisah tiada.
Banyak lagi kelebihan perempuan yang pandai masak ni untuk aku list dekat sini. Tapi untuk waktu sekarang yang ni dulu ok. Yang basic kata orang. :D

p/s : Tengah fikir cuti midsem nak masak apa. haha :D


Thanks for reading!

Saturday, May 9, 2015

Maksud Choyy / Choii

Assalamualaikum. Hai :)

Punyalah lama aku tinggal blog, tetiba malam ni update. Curlas hidup kau.haha
Tengah pulun  dok buat assignment sejarah sebenarnya. Haha. Tergerak hati nak menaip ni sebenarnya  sebab tajuk entry aku kat atas tu. Lulz. Ceritanya, tengah cari point untuk siapkan slide, sambil-sambil tu aku bukak youtube dengar lagu. Korang tahu la kan biasanya youtube akan ada iklan2 bagai. So, aku pun dengar la satu iklan ni and dia sebut choi. Aku ni pernah sebut choi, bukan pernah selalu lah jugak. Haha. Tapi aku tak tahu maksud. Main sebut lah kekdahnya. Dengar kawan sebut, aku pun terjebak lah sekali.

Jadi berbalik kepada cerita choi tu, aku rasa tak puas hati, aku pun gigih mengoogle. Selama ni takde perasaan nak google pun maksudnya. So aku jumpa dekat beberapa blog, choi tu maksud nya celaka. I was like… what de fish ! serius weh sesedap je selama ni aku men’choi’ kan member2 dan member2 pon sama men’choi’ kan aku. Phew~~
Lagi satu benda alah ni kan selalu la orang2 marshmallow sebut kan. Aku ingat choi tu maksud dia gila ke ape. Haih!

Kesimpulannya kena cari maksud dulu kalau dengar perkataan-perkataan baru. Lebih senang rujuk pada yang pakar. Jangan jadi macam aku, bertahun sebut malam ni baru cari maksud sebenar. 


Thanks for reading!
Copyright 2016 Reserved to Afieqa Young Design By Cik Nurfarah